Sunday, September 27, 2015

2015


New Life! 

InsyaAllah bulan 12 nanti timang baby.. semoga dipermudahkan. amin.. :D

Wednesday, November 20, 2013

MASLINDA DAUD

Tiada apa yang boleh menggembirakan hatiku ini melainkan kau ada disampingku. Tiada apa yang dapat menghiburkan hatiku ini melainkan aku dapat melihat senyumanmu. Tiada apa yang dapat membuat ku tersenyum melainkan aku dapat melihat gelagatmu. Tiada apa yang dapat membuat hatiku tersentuh melainkan aku dapat tahu kau terima diriku seadanya.

Aku tak sanggup melihat kau bersedih.
Aku tak mahu kau menangis.
Aku tak mahu kau berduka.
Kerna aku sayang padamu.

Ya, mungkin aku tak sehebat lelaki lain di dalam dunia ini. Tapi percayalah aku akan jadi yang terbaik dalam hidupmu. Aku tahu, tingkah lakuku banyak membuat hati kau tersinggung. Tapi percayalah, tidak terdetik hatiku ini ingin buat kau bersedih. Maafkan aku.

Kini kau telah menjadi milikku. Kan ku mahkotakan dirimu. Ku mencintaimu sepenuh hati ni. Jangan kau musnahkan hidupku. Aku cinta padamu MASLINDA DAUD :)


Friday, April 12, 2013

Perjalanan Hidup

Assalamualaikum..


Hye all. Salam kembali semua.. ermmmm.. dah stahun lebih jari ni x menari diatas papan kunci bagi mencoret sesuatu didalam blog ini..


Ok! Aku mulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim..
Tak ada apa cerita yang menarik untuk dikongsikan melainkan cerita tentang kehidupan aku sekarang yang sangat bahagia. Apa yang aku rancang untuk kehidupan aku sudah hampir sempurna, apa yang aku inginkan dan aku rancangkan banyak yang sudah tercapai walaupon tidak sesempurna apa yang aku inginkan, akan tetapi tercapai gua. ALHAMDULILLAH. 


Sekarang ini aku sedang fokus kepada dua benda, NIKAH & RUMAH. Sekiranya dua item ini dapat aku capai, bermakna sudah 85% perancangan aku sudah berjaya. Insyaallah jika tiada aral melintang, hujung tahun depan makan nasi minyak la korang di Muar dan Segamat.. hagagaga. kadang2 kelakar cerita pasal nak kawin ni. rase macam baru semalam je menangis kena rotan dengan cikgu sebab tak siapkan kerja sekolah.. Tapi hakikatnya aku sudah dewasa, sekarang umur ku sudah mencecah 22tahun 5bulan dan boleh dikategorikan dalam golongan dewasa. So, walaubagaimanapun aku kena bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan. 


Alhamdulillah Ya Allah kerana kau memberi peluang kepadaku untuk mengejar hasrat ku. aku harap kau akan permudahkan perjalanan hidupku, kau berikanlah aku hidayah supaya perjalanan hidupku berjalan seiringan dengan keredhaanmu Ya Allah.
Banyak lagi aku nak coretkan. Maklom la, da setahun lebih jari dan minda ini tidak beraksi di blog.. haha Masa tidak menizinkan.

 
Aku sedang kejar :-----
1. Mentaati Allah dan mematuhi hukumNya
2. Mak, ayah dan family
3. Maslinda bte Daud
4. Rumah
5. Bahagia dunia akhirat
6. dll.
Dah3!! jom g keje. Assalamualaikum

Tuesday, May 24, 2011


SUNSHINE SMILE CONTEST STARTS NOW!!!!

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-
syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)


Nie je senyuman yang paling sopan.. hehehe
"Senyuman saya paling ceria sebab dalam 5 minit lagi azan magrib hendak berkumandang, maka masuklah waktu berbuka puasa dan kami beramai-ramai berbuka puasa di Pusat Islam" (muke kelaparan) huhu :)))


SAHABAT YANG SAYA TAG ADALAH

Friday, May 20, 2011

kisah hidup di POLITEKNIK PORT DICKSON


Macam2 perkara yang aku lalui di Politeknik Port Dickson sejak Julai 2008 sehinggalah tamat diploma aku pada hujung april 2011. Alhamdulillah... Pahit getir menjadi seorang pelajar telah aku lalui.. kadangkala gembira, seronok, sunyi, sedih dan sebagainya... awal julai 2008 aku mendaftarkan diri sebagai pelajar PPD yang sah selama 3 tahun.. aktiviti seterusnya adalah minggu suai kenal, so kitorang jalani lah selama seminggu...

Nie kat Cafe B (amat panas)


nie baru mukadimah kot, nak tahu kisah seterusnya? tunggu k.. :D