Friday, April 12, 2013

Perjalanan Hidup

Assalamualaikum..


Hye all. Salam kembali semua.. ermmmm.. dah stahun lebih jari ni x menari diatas papan kunci bagi mencoret sesuatu didalam blog ini..


Ok! Aku mulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim..
Tak ada apa cerita yang menarik untuk dikongsikan melainkan cerita tentang kehidupan aku sekarang yang sangat bahagia. Apa yang aku rancang untuk kehidupan aku sudah hampir sempurna, apa yang aku inginkan dan aku rancangkan banyak yang sudah tercapai walaupon tidak sesempurna apa yang aku inginkan, akan tetapi tercapai gua. ALHAMDULILLAH. 


Sekarang ini aku sedang fokus kepada dua benda, NIKAH & RUMAH. Sekiranya dua item ini dapat aku capai, bermakna sudah 85% perancangan aku sudah berjaya. Insyaallah jika tiada aral melintang, hujung tahun depan makan nasi minyak la korang di Muar dan Segamat.. hagagaga. kadang2 kelakar cerita pasal nak kawin ni. rase macam baru semalam je menangis kena rotan dengan cikgu sebab tak siapkan kerja sekolah.. Tapi hakikatnya aku sudah dewasa, sekarang umur ku sudah mencecah 22tahun 5bulan dan boleh dikategorikan dalam golongan dewasa. So, walaubagaimanapun aku kena bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan. 


Alhamdulillah Ya Allah kerana kau memberi peluang kepadaku untuk mengejar hasrat ku. aku harap kau akan permudahkan perjalanan hidupku, kau berikanlah aku hidayah supaya perjalanan hidupku berjalan seiringan dengan keredhaanmu Ya Allah.
Banyak lagi aku nak coretkan. Maklom la, da setahun lebih jari dan minda ini tidak beraksi di blog.. haha Masa tidak menizinkan.

 
Aku sedang kejar :-----
1. Mentaati Allah dan mematuhi hukumNya
2. Mak, ayah dan family
3. Maslinda bte Daud
4. Rumah
5. Bahagia dunia akhirat
6. dll.
Dah3!! jom g keje. Assalamualaikum

4 comments:

  1. tibe tibe terjumpa blog si totot ni. Tapi serius beb terharu aku baca... (aku pulak terharu ekk) sob sobss T_T nangesss hehehe. anyway good luck tot. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. aq jarang bukak blog skarang.. so, skali update mmg berjela2.. kih3!!

      Delete